07 December 2010

Penghargaan HPA kepada kita semua

Sedutan Majalah MetroHPA keluaran Edisi 13 - November 2010...

Temubual Media Dengan Pengarah Urusan HPA Sempena Perlancaran HPAIC
(Jawapan Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad untuk soalan yang terakhir...)

"Kita ingin semua ahli HPA tahu yang HPAIC (HPA International Centre) bukan milik perseorangan atau HPA. Ia milik semua ahli HPA yang memberi sokongan terhadap perjuangan syarikat ini. Daripada wang mereka kita membeli bangunan ini dan ahli yang hadir dengan komitmen cukup tinggi PJS kita yang bersengkang mata, meninggalkan keluarga dan menggunakan wang sendiri untuk memperkenalkan produk HPA ke seluruh pelosok negara.

Ini adalah penghargaan kita, kasih-sayang kita dan seperti yang tertera di hadapan bangunan bahawa perjuangan ini bukannya seketika tetapi hingga ke akhir hayat.

Saya ingin semua pihak tahu yang HPA bukannya didirikan atas kepentingan peribadi, politik atau sebagainya. HPA adalah wadah perjuangan untuk semua umat Islam mendapatkan produk halal dan suci. Semua ahli dalam HPA mempunyai kepentingan sama, tidak ada perbezaan dengan niat dan perjuangan kita sama untukmencari keredhaan akhirat dan masa sama mendapat imbuhan di dunia.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua daripada pengurusan dan staf, PJS dan ahli serta semua rakan niaga dan agensi yang bekerjasama dan membantu HPA selama ini. Sesungguhnya perjuangan ikhlas ini memberikan kerahmatan kepada kita semua dunia dan akhirat...amin!"

27 June 2010

Sarapan Sihat HPA


Menu pagi ini :

1. Kopi Radix
2. Teh Manjakani
3. Roti Canai HPA
4. Roti Putar HPA
5. Sardin HPA (dimasak menggunakan Minyak Zaiton HPA dan kari ayam HPA)

Memang lazat dan sihat.